▸ Comin Home :) ... ♬
Saturday, November 24, 2012
♥ posted at: @06:06
0 wishes // make a wish?


Masa yang berlalu dengan terlalu cepat membuat ku tidak sedar akan blog
yang telah lama ditinggalkan sepi menyendiri tanpa teman disisi. Kelihatan habuk
bersepah disana sini yang boleh dianggap setinggi gunung everest kerana tangan yang
selalu meng'update' cerita di blog ini tiba-tiba sibuk dengan tugasnya sebagai
seorang anak yang solehah, pelajar yang cemerlang, dan rakan yang setia.
Tugasan harian seperti belajar 24 jam sehari selama 4 minggu kerana peperiksaan yang
menentukan hidup dan mati ku perlu dilaksanakan. Pelajar cemerlang lah katakan. Senang cerita semua laman sosial seperti Facebook, Twitter dan yang sekutu dengannya
ditinggalkan buat sementara demi membuat seorang insan yang bergelar ibu berasa bangga.
Kerja-kerja kotor seperti membuli, mengutuk, gossip liar, and what so ever juga
ditinggalkan. Solat lima waktu juga sudah mula dikerjakan penuh sehari semalam.
Anak solehah kan. Akhirnya setelah seminggu tiga hari sepuluh malam memerah otak
segala ilmu yang dipelajari telah di keluarkan bak gunung berapi yang meletus.
Otak yang serabut umpama ribut taufan melanda telah kembali tenang bak
 pemandangan di tepi pantai. Dengan penuh semangat, keyakinan dan segala
macam doa yang dibaca, peperiksaan yang terakhir telah selamat berjawab. Merdeka
 kali kedua selama 15 hidup di dunia ini telah disambut bersama rakan -rakan.
First time UPSR dulu. Kali ni second time lah. Lama kelamaan kepala otak yang
ingat nak merdeka ni pun terus lupa pada blog yang selalu ku kongsi masalah
percintaan, persahabatan dan keluarga. Time goes by, dan tibalah pada tarikh
yang boleh dikatakan setiap manusia didunia ini menanti-nantikan untuk sambut.
20.10.2012. Sabtu pagi. 9.43 am. Kelihatan seluruh keluargaku menyerbu
lalu mengucapkan Selamat Ulang Tahun Sayang~~ Feeling pulak. Dah lama tak
nyanyi lagu tu. Hik Hok. Aku pun rasa amat touching. Tapi tade lah sampai hingus
meleleh bagai. No no. Rakan-rakan yang baik hati juga telah meraikan hari dimana
aku dilahirkan semula. Eh? Dengan membaling tepung dan telur yang membuatkan
seluruh baju dan badan ku berbau harum semerbak bak bunga mawar yang sedang
mengembang setaman. Balik rumah pun hidung kembang kempis je sebab wangi sangat.
Bapa ku menghadiahkan ku sebuah phone. Murah je. Rakan-rakan ku pula
menghadiahkanbahan-bahan untuk membuat kek. Ucapan terima kasih tidak terhingga
kepada keluarga dan rakan. Kehidupanku selepas itu bertambah baik kerana
HOLIDAY woi ! Ehem. Tetapi sedikit sebanyak ku rasakan kekosongan tanpa teman
disisi melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti melepak, mengacau orang,
membuli, mengutuk dan yang seangkatan dengannya. Akhirnya hati ku terdetik untuk
membaca blog ku yang entah baru keberapa kali di lawat. Begitu lah kisah
bermulanya otak ku tiba-tiba sewel untuk menulis kisah ku yang
seumpama novel terlaris dipasaran. Sekian sahaja coretan kali ini. In Shaa Allah
ku bawakan lagi cerita yang lebih menarik pada masa- masa yang akan datang.
Doakan juga agar keputusan PMR ku akan datang penuh dengan huruf A. Takpun A+ walaupun
aku sudah sedia maklum bahawa PMR takde pun A+. Saje je. Kkkkk~ . Akhir kata
rakan-rakan, Suraya, Syafiqa, Nadia, Salmiah, Balqis, Ameera dan Fazlin, ingatlah
bahawa aku disini sentiasa sayang pada kamu semua. Aku sendiri tak tau macam
mana ayat yang akua tulis semua boleh jadi skema tahap kritikal. Apa pun.
Selamat tinggal. Selamat malam. Selamat membaca. I love You. Assalamualaikum :)
☺Yamin☺
Dashboard

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011